Lagi Pemuda Palestin Ditembak Mati

BETHLEHEM, 28 Okt 2015 (Maan) — Tentera Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin selepas beliau dituduh cuba membuat serangan menikam seorang askar berdekatan penempatan haram Yahudi Kiryat Arba di al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Islam Rafiq Hammad Ibeido, 23 tahun, ditembak sebanyak 11 kali dengan peluru hidup dan dibiarkan berdarah. Saksi mendedahkan bahawa tentera Zionis kemudiannya meletakkan sebilah pisau ditangan mangsa. Tidak ada kecederaan terhadap mana-mana askar Zionis.

Tentera menghalang orang ramai membantu mangsa, bahkan menghalang ambulan daripada mendekati kawasan kejadian.

Sejak awal Oktober, seramai 20 orang Palestin dibunuh oleh tentera Zionis di al-Khalil, termasuk lima orang kanak-kanak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts