NABLUS, 23 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis menembak mati seorang remaja Palestin selepas dituduh cuba menikam seorang askar di sekatan Huwwasa di selatan Nablus.
Mangsa yang dikenali sebagai Alaa Khalil Sabah Hashah, 16 tahun, ditembak dengan lebih 10 das tembakan.
Seorang wanita Palestin turut mengalami kecederaan parah dalam insiden tembakan yang sama. Samah Abd al-Mumen Ahmad yang berasal dari perkampungan Ammuriya dikatakan terkena peluru sesat di bahagian kepalanya.
Sekatan Huwwara menjadi lintasan utama bagi penduduk Palestin dan juga pendatang Yahudi yang tinggal di penempatan haram di kawasan utara Tebing Barat.