Lagi remaja Palestin mati ditembak di al-Khalil

AL-KHALIL, 20 Sep 2016 (PIC) — Remaja Palestin Issa Salem Mahmoud Tarayreh, 16, meninggal dunia selepas ditembak oleh tentera Zionis di kawasan Wadi al-Jouz berdekatan laluan masuk sebelah barat bandar Bani Na’im, di timur wilayah al-Khalil, pagi tadi selepas dituduh cuba menikam tentera Zionis.

Tentera Zionis secara sengaja menembak mangsa dan tidak memberi sebarang bantuan rawatan serta membiarkan beliau terbaring berdarah sehingga meninggal dunia.

Saksi menyebut mangsa ditembak ketika turun dari sebuah bas yang berhenti di persimpangan Wadi al-Jouz. Tentera Zionis mendakwa bahawa penduduk Palestin yang berumur dari 15 hingga 30 tahun diharamkan melalui jalan menghala ke Bani Na’im, atau dari bandar tersebut.

Issa Salem merupakan penduduk Palestin yang ke-230 terkorban sejak tercetusnya Intifadah al-Quds. Beliau adalah mangsa yang ketujuh dibunuh oleh tentera Zionis di al-Khalil sejak Khamis lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts