Lagi serangan jet Israel ke atas Gaza

Gaza, 22 Nov 2011 — Sebuah jet F-16 Zionis telah melancarkan serangan udara ke selatan bandar Rafah di Gaza. Menurut laporan koresponden PressTV, tidak ada sebarang kerosakan atau kecederaan berlaku akibat serangan terbaru rejim pengganas Israel itu.

Jet perang Israel (gambar fail)
Jet perang Israel (gambar fail)

 

Terdahulu pada 14 November, Konsul Perancis di Gaza, Majdi Shakoura, bersama anak perempuannya berumur 13 tahun telah tercedera apabila jet perang Israel melancarkan serangan ke atas Gaza. Pada hari yang sama, seorang rakyat Palestin terbunuh dan empat yang lain tercedera apabila sebuah pengkalan laut Gaza di serang.

Tentera pengganas Israel kerap melancarkan serangan udara ke atas Gaza sejak berakhirnya serangan brutal mereka pada akhir tahun 2008 lalu telah yang mengorbankan seramai lebih 1,400 orang Palestin dan meranapkan infrastruktur awam. Sepanjang bulan lepas, seramai 27 orang telah dibunuh oleh serangan udara rejim pengganas tersebut.

Menurut ramai penganalisa, tindakan Israel mengkhianati setiap perjanjian damai ini jelas menunjukkan sikap provokasi jahat Zionis untuk mencabar pejuang-pejuang di Gaza melancarkan serangan balas. Sebarang tidak balas dari pihak Palestin akan memberi lesen atau mengukuhkan lagi tindakan zalim Israel untuk meneruskan sekatan ke atas Gaza yang dikenakan sejak tahun 2007, malahan memungkinkan serangan besar-besaran dilancarkan.

—–

Sumber berita: PressTV

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts