Lama al-Bakri yang masih cedera dihukum penjara 3 tahun dan denda

AL-QUDS, 19 Sep 2017 — Kanak-kanak perempuan Lama al-Bakri, 15, hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama 38 bulan dan denda sebanyak 6,000 shekel, selepas cedera ditembak oleh tentera Zionis.

Lama telah diculik berdekatan kawasan penempatan haram Kiryat Arba di timur al-Khalil pada 13 Disember lalu, ketika berjalan pulang ke rumahnya.

Sebelum ditangkap, beliau cedera ditembak di bahagian kaki dan dibiarkan terbaring berdarah sebelum dibawa ke sebuah hospital. Tidak lama kemudian, beliau dipindahkan ke penjara HaSharon tanpa diberi rawatan.

Lama tidak dapat berdiri selama lebih tiga bulan, bahkan beliau diheret ke mahkamah menggunakan kerusi roda.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan seorang pendatang Yahudi meletak satu objek tajam bersebelahan Lama yang sedang terbaring, manakala beberapa orang askar Zionis menukar beg beliau.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts