Lama Khater dipindah penjara setelah 34 hari diinterogasi

RAMALLAH, 27 Ogos 2018 — Perkhidmatan penjara Zionis hari ini memindahkan penulis wanita Lama Khater dari penjara Ashkelon ke penjara Hasharon, setelah ditahan dan diinterogasi selama 34 hari berturut-turut.

Lama, 42, akan dibawa ke mahkamah untuk sesi ke-8 pengadilan pada 29 Ogos ini. Beliau dikenakan interogasi secara intensif dan zalim, yang mengambil masa selama 20 jam setiap hari.

Beliau ditangkap dari rumahnya di al-Khalil pada 24 Julai lalu, atas tuduhan menulis artikel-artikel yang menghasut, serta menjadi ahli kepada pertubuhan haram. Beliau menolak semua pertuduhan tersebut.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts