Larangan Umat Islam Palestin Memasuki Masjid Al Aqsa terus berkuaskuasa di sepanjang Ramadhan

Sedih dan duka buat umat Islam di Palestin di bulan Ramadhan ini. Penjajah Israel laknatullah telah melarang uamt Islam Palestin memasuki Masjidil Aqsa . Penjajah Israel telah melarang dan membatasi pergeralam muslim Palestin yang ingin beribadah di Masjidil Aqsa , hanya dibolehkan bagi mereka yang usianya sudah diatas 50 tahun.

Perlakuan yang sangat keji ini, dikemukakan oleh Uri Mendes, yang mengetuai koordinasi keamanan daerah dan sebagai penghubung di wilayah Jerusalem dan Tebing Barat. Menurut Mendes, tentera Israel telah menetapkan bagi para pengunjung yang ingin memasuki tempat suci Islam ini, iaitu Masjidil Aqsa  hanya kepada mereka yang umurnya sudah  diatas 50 tahun.

Sedangkan bagi para pemuda muslim yang usianya masih dibawah 50 tahun, tidak diizinkan masuk ke Masjidil Aqsa . Manakala untuk kaum wanita yang diizinkan masuk ke Masjidil Aqsa  hanyalah kepada yang sudah berumur 45 tahun. Wanita yang usianya masih dibawah 30 tahun dilarang masuk ke Masjidil Aqsa .

Sementara itu,  anggota Parlimen dari HAMAS, Mona juga turut menegaskan bahawa Al-Aqsa  dalam ancaman Israel, dan keadaannya sangat mencemaskan. (m/pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts