Laungan takbir di Masjid al-Aqsa menjadi satu jenayah

AL-QUDS, 27 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah Majistret Zionis di al-Quds membuat dakwaan ke atas pemuda Palestin Saher Ghazawi, 37, atas kesalahan melaungkan takbir Allahu Akbar di Masjid al-Aqsa.

Mahkamah memutuskan laungan takbir sebagai satu kesalahan jenayah dan menghasut.

Saher dituduh menghalang tugasan polis ketika mereka memberi perlindungan kepada sekumpulan fanatik Yahudi yang menceroboh masjid suci itu pada 21 September 2011.

Peguam Ramzi Kteilat dalam komentar beliau menyebut bahawa keputusan mahkamah itu sebenarnya lebih menghasut daripada apa yang Saher telah lakukan. Beliau mendakwa mahkamah Zionis itu telah membuat keputusan berbaur politik dan tidak berasas kepada sebarang undang-undang.

“Ungkapan Allahu Akbar adalah satu bentuk ibadah yang membawa kami lebih dekat kepada Allah. Tidak ada siapa yang berhak menghalang kebebasan kami untuk beribadah, terutamanya di Masjid al-Aqsa yang menjadi hak orang Islam,” kata Saher.

Dalam kejadian pada tahun 2011 itu, Saher ditahan dalam lokap selama 24 jam sebelum mahkamah Majistret mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa selama 10 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts