Lebih 100 pendatang Yahudi berarak di perkarangan Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 16 Dis 2020 — Sekurang-kurangnya 115 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah dan berarak secara penuh provokatif di perkarangan tapak suci umat Islam itu pagi tadi.

Pasukan polis Zionis mengiringi para penceroboh dalam dua sesi, pada jam 10:00 pagi dan 12:30 tengah hari. Bagaimanapun, polis Zionis membenarkan pendatang Yahudi berada di tapak suci itu sehingga jam 2:00 petang, iaitu setengah jam lebih lama daripada tempoh yang lazimnya dibenarkan. Langkah itu dilihat sebagai usaha mereka mengubah kelaziman dan prosedur bagi memberi “hak” kepada Yahudi.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts