Lebih 100 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Ogos 2019 — Polis penjajah Zionis mengenakan sekatan ke atas penduduk Palestin di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, untuk mengiring 114 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu, pagi tadi.

Terdahulu, pasukan polis menceroboh masuk perkarangan masjid untuk memastikan para jemaah tidak berada di kawasan sekitar laluan pendatang Yahudi berarak. Ketika berarak, sebilangan pendatang Yahudi cuba melakukan ritual Talmud berdekatan Kubah as-Sakhra’.

Sepanjang bulan Julai lalu, 2,233 pendatang Yahudi te;ah menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts