Ringkasan

Lebih 100 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Dis 2020 — Pasukan polis Zionis mengiringi sekurang-kurangnya 103 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka dikawal masuk melalui Pintu al-Maghariba dan berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sementara sebahagian daripada mereka melakukan ritual Talmud secara provokatif.

Pada masa yang sama, polis Zionis menghalau para jemaah beredar keluar dari dewan solat Bab al-Rahmah serta sekitar kawasan timur masjid.

Seramai 1,845 Yahudi termasuk pegawai perisikan dan pelajar institusi agama Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang bulan November lalu.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts