Lebih 100 Ribu Kanak-Kanak Palestin Derita Psikologi

Fadel Abu Hayyin, Ketua Program Psikologi Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza, menyatakan bahawa lebih dari 100,000 kanak-kanak Palestin di Gaza menderita masalah psikologi yang berbeza akibat perang Israel dan pengepungan terhadap Gaza.

Abu Hayyin juga berkata bahawa kesan daripada masalah ini lebih besar daripada kapasiti perkhidmatan, dan institusi khusus lainnya di kawasan persisiran.

Dalam sebuah wawancara bersama beliau oleh rangkaian berita al-Alam (Dunia) pada hari Sabtu (13/2) yang lalu, Abu Hayyin menyatakan bahawa beberapa gejala mula berlaku pada kanak-kanak ini, antaranya tidak boleh tidur sendirian, tidak berani keluar rumah, masalah dalam tingkah laku dan ketegangan perasaan, hilang arah, kemarahan dan kegelisahan.

Beliau juga menyatakan bahawa sebilangan besar kanak-kanak ini tidak dapat menumpukan perhatian di sekolah, prestasi sekolah semakin menurun, enggan ke sekolah terutamanya semenjak tentera Israel sering mengadakan sekatan-sekatan jalan ke sekolah.

Selama perang di Gaza tahun lalu, 43 penduduk, termasuk anak-anak dan warga tua, yang berlindung di Fakhoura Al-lari, sekolah milik PBB di Gaza terbunuh dan puluhan cedera akibat dibom tentera Israel.

Sejumlah besar anak-anak di Gaza juga menderita kekurangan gizi makanan yang seimbang kerana pengepungan Israel yang berterusan tanpa henti. immec

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts