Lebih 1,000 pembedahan di Gaza tertangguh akibat sekatan

GAZA, 23 Mei 2017 (PIC) — Perkhidmatan kesihatan di Gaza merosot dengan ketara akibat sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis, di mana lebih 1,000 operasi pembedahan di Hospital al-Shifa tertangguh dan sebanyak 500 unit darah akan rosak.

Kenyataan Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, Yasser Abu Jamea, dalam satu bengkel bersama doktor-doktor pakar hari ini, mengesahkan sebanyak 30% ubatan asas telah kehabisan. Beliau turut mendedahkan bahawa kadar kematian bayi yang baru dilahirkan di Gaza adalah 20 bagi setiap 1,000 orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts