Lebih 1,000 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 21 Julai 2020 — Lebih 1,000 pendatang Yahudi termasuk rabai pelampau Yehuda Glick menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi semalam, kononnya bagi memperingati peristiwa perobohan kuil mereka.

Polis Zionis cuba menghalau para jemaah beredar dari perkarangan Masjid al-Aqsa untuk memberi laluan kepada pendatang Yauhdi menceroboh masuk tapak suci itu.

Lima pemuda Palestin ditangkap di perkarangan tapak suci.

Selain melakukan ritual Talmud secara terang-terangan, pendatang Yahudi mencetus provokasi dengan mengibar bendera Zionis di perkarangan masjid.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts