Lebih 1,000 pendatang Yahudi serang makam di Nablus

NABLUS, 7 Apr 2016 (WorldBulletin) — Sekurang-kurangnya 1,150 orang pendatang Yahudi yang dilindungi oleh tentera Zionis menyerang masuk sebuah makam di kota Nablus dan melakukan upacara keagamaan mereka di situ.

Sekumpulan pemuda Palestin berkumpul di makam tersebut untuk cuba menghalang kedatangan Yahudi, tetapi mereka ditembak dengan peluru getah dan gas pemedih mata oleh pihak tentera. Tiga pemuda dilaporkan tercedera.

Makam yang terletak tidak jauh dari kem pelarian Balata itu didakwa oleh Yahudi sebagai tempat pengkebumian Nabi Yusuf, sehingga ianya sering mencetus pertempuran di antara pemuda Palestin dan pelampau Yahudi.

Namun penduduk Palestin menyangkal dakwaan tersebut kerana makam itu adalah tempat pengkebumian seorang imam yang bernama Sheikh Yussef Dawiqat sejak dua abad lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts