Lebih 120 tahanan Palestin lancar mogok lapar

RAMALLAH, 20 Sep 2016 (WB) — Sekurang-kurangnya 120 orang tahanan Palestin melancarkan mogok lapar bagi mendesak rejim Zionis membebaskan tiga rakan mereka dari tahanan pentadbiran.

Rakan mereka Mohamed Balboul, 25, memulakan mogok lapar sejak 78 hari lalu, manakala adiknya Mahmoud Balboul, 22, mengikut langkah beliau tiga hari kemudiannya. Malek al-Qadi, 19, kini sedang mogok lapar selama 67 hari.

Awal bulan ini, mereka bertiga menolak keputusan Mahkamah Agung Zionis “mengantung sementara” tahanan pentadbiran ke atas mereka. Mereka bertekad meneruskan mogok lapar sehingga dibebaskan sepenuhnya.

Lebih 7,000 penduduk Palestin kini merengkok dalam penjara Zionis, sekitar 700 daripada mereka dikenakan tahanan pentadbiran.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts