Lebih 130 pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 1 Julai 2018 — Segerombolan 133 pelampau dari kalangan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Magharebah pagi tadi.

Mereka diiringi oleh pasukan polis Zionis untuk berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Pasukan penjaga masjid berjaya menghalang cubaan para penceroboh untuk melakukan ritual Talmud di perkarangan tapak suci. Pelampau Yahudi bagaimanapun berjaya melakukan ritual di luar pintu masjid, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis.

Pada masa yang sama para jemaah disekat di pintu-pintu masuk utama masjid, sei mana mereka diperiksa dan dipaksa meninggalkan kad pengenalan sebagai syarat untuk dibenarkan masuk.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts