Lebih 14,000 Yahudi dari Rusia dan Ukraine pindah ke bumi Palestin

BAITULMAQDIS, 28 Feb 2018 — Seramai 14,406 Yahudi dari Rusia dan Ukraine berpindah dan menempat di wilayah Palestin yang terjajah sepanjang tahun 2017.

Menurut laporan imigresen Zionis, Rusia mencatat bilangan pendatang Yahudi baharu ke Palestin yang paling ramai iaitu 7,224 orang, diikuti dengan 7,182 orang dari Ukraine.

Seramai 28,598 pendatang Yahudi tiba di Palestin tahun lalu, di mana 50.4% adalah dari Rusia dan Ukraine. Yahudi dari Perancis pula mencatat bilangan ketiga terbesar iaitu seramai 3,424 orang, diikuti oleh Amerika, Etiopia dan Belarus masing-masing seramai 2,996, 1,312 dan 973 orang.

Tahun lalu, buat pertama kali negara Zionis menerima ketibaan pendatang yang baharu bertukar menganut agama Yahudi di Rusia dan Ukraine.

Ribuan pendatang Yahudi berpindah dan menempat di wilayah-wilayah Palestin yang terjajah melalui kemudahan kewangan yang disediakan oleh rejim Zionis dan sekutu-sekutunya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts