Lebih 1,700 tahanan Palestin dibiarkan tanpa rawatan

GAZA, 7 Jun 2016 (PIC) — Pusat Hak Asasi Hemaya mendakwa lebih 1,700 tahanan Palestin dalam penjara Zionis kini berhadapan dengan ancaman kehilangan nyawa kerana tidak diberikan rawatan kesihatan.

Lebih 700 tahanan sedang mengalami masalah kesihatan yang kronik, terutamanya masalah jantung dan barah.

Dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat Palang Merah di sini, peguam pusat tersebut Wasim al-Shanti mendakwa pihak berkuasa penjara Zionis secara sengaja dan sistematik mengabaikan keperluan para tahanan. Pihak rejim enggan merawat para tahanan yang memerlukan pembedahan segera di hospital, dan mereka sebalikya hanya diberikan ubat tahan sakit.

Ramai tahanan yang dibawa ke klinik penjara untuk mendapatan rawatan kecil, namun anehnya rawatan tersebut berakhir dengan kecacatan dan penyakit yang serius, bahkan juga kematian.

Wasim menyifatkan amalan pihak penjara Zionis itu sebagai satu bentuk “jenayah perang” dan pencabulan konvensyen Geneva Keempat, yang menetapkan supaya kesihatan para tahanan diperlihara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts