AL-QUDS, 3 Mei 2016 (Anadolu) — Sekurang-kurangnya 1,868 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dengan mendapat perlindungan pasukan keselamatan Zionis sepanjang bulan lalu.
Ketua Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Jawad Siyam, dalam kenyataannya menyebut bahawa seramai 1,011 daripada pelampau Yahudi terbabit menceroboh masuk ketika musim perayaan Paskah Yahudi.
Zionis menduduki wilayah al-Quds Timur dan Tebing Barat sejak perang tahun 1967. Kemudian pada tahun 1980, mereka menyerap kota suci umat Islam itu ke dalam wilayah negara haram Zionis, dan seterunya mendakwa al-Quds sebagai kota abadi negara Yahudi.