Lebih 20 tercedera, 13 ditangkap di Pintu al-Rahma

BAITULMAQDIS, 20 Feb 2019 — Lebih 20 ahli jemaah tercedera dan 13 yang lain ditangkap apabila polis penjajah Zionis menyerbu masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dan menyerang mereka awal malam tadi.

Polis Zionis mengepung Masjid al-Aqsa, menutup semua pintu serta mengurung para jemaah di dalamnya, dan kemudian menyerang mereka. Pertempuran merebak ke kawasan luar pintu-pintu masuk masjid, sementara pasukan polis berpakaian preman dikerah untuk menangkap pemuda-pemuda Palestin.

Keadaan di masjid al-Aqsa menjadi tegang sejak awal pagi selepas pemuda-pemuda Palestin membuka pagar Pintu al-Rahma yang dikunci oleh polis Zionis.

Semalam, puluhan penduduk mendirikan solah Maghrib dan Isyak di Pintu al-Rahma, sebagai membantah tindakan polis itu.

Awal pagi tadi, 49 pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dikawal oleh pasukan polis Zionis. Mereka berarak secara provokatif sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts