Lebih 2,000 pendatang Yahudi serbu Makam Yusuf di Nablus

NABLUS, 21 Jan 2019 — Lebih 2,000 pendatang Yahudi menyerbu Makam Yusuf di kota Nablus untuk melakukan ritual Talmud, dengan dikawal ketat oleh pasukan tentera Zionis awal pagi tadi.

Pertempuran tercetus apabila kumpulan pemuda Palestin cuba menghalang serbuan tersebut dengan membaling batu dan bom Molotov ke arah kenderaan tentera dan bas-bas yang membawa pendatang Yahudi.

Seorang pemdua Palestin cedera dan dikejarkan ke hospital setelah ditembak di bahagian pehanya.

Pendatang Yahudi mendakwa tapak bersejarah itu sebagai tempat persemadian Nabi Yusuf. Bagaimanapun penduduk dan sejarawan Palestin menegaskan bahawa ianya adalah makam seorang agamawan di zaman pertengahan, Sheikh Yousef Duwaikat.

Sejak beberapa tahun lalu, makam tersebut menyaksikan pertempuran berdarah di antara penduduk Palestin dan tentera Zionis.

Pada tahun 1996, pasukan keselamatan Palestin bertempur dengan tentera Zionis di situ. Sementara dalam kejadian di awal kempen Intifadah Kedua pada tahun 2000, pertempuran menyebabkan ramai kematian di kedua-dua pihak dan memaksa tentera Zionis berundur dari kawasan makam tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts