Lebih 25 Penduduk Palestin Cedera di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 21 Dis 2017 — Sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis di Jalan Salah al-Deen di kota suci Baitulmaqdis semalam.

Lima daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Maqasid untuk rawatan kecemasan. Sementara sekumpulan pemuda dilaporkan cedera termasuk luka serta mengalami sesak nafas apabila diserang dengan gas pemedih mata dan penyembur lada.

Pertempuran tercetus apabila tentera Zionis menyerang dan memukul penduduk yang berarak dengan mengibar bendera Palestin, sebelum menyembur mereka dengan semburan lada pemedih mata.

Dalam kejadian yang sama, ketua institusi Media Elia, Ahmed al-Safady, telah diculik oleh tentera Zionis. Pasukan berkuda juga mengejar dan memaksa penduduk Palestin meninggalkan kawasan tersebut dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts