Lebih 25 penduduk Tebing Barat termasuk kanak-kanak dan warga kurang upaya diculik

RAMALLAH, 8 Nov 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan warga kurang upaya diculik dari Tebing Barat dalam operasi tentera Zionis sepanjang malam tadi.

Di wilayah al-Quds, lapan penduduk termasuk tiga kanak-kanak ditangkap dari kem pelarian Shuafat, kejiranan Ras al-Amoud dan al-Issawiya.

Tiga yang lain ditahan di wilayah Beit Lahm, termasuk dua bekas tahanan dan seorang warga kurang upaya yang bergantung kepada sebuah kerusi roda untuk bergerak.

Manakala di wilayah al-Khalil, empat orang ditahan dari bandar Yatta dan Beit Ummar. Sebuah bengkel besi di Yatta turut diserbu dan disita atas tuduhan digunakan untuk membuat senjata.

Lima yang lain ditahan dari wilayah Ramallah, di samping masing-masing seorang dari wilayah Jenin dan Tulkarem.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts