Lebih 280 Penduduk Palestin Diculik Sepanjang Februari

RAMALLAH, 2 Mac 2015 (IMEMC) — Tentera Zionis telah menculik seramai 285 penduduk Palestin sepanjang bulan Februari 2015. 30 orang daripadanya adalah remaja di bawah 18 tahun.

Menurut laporan Persatuan Hussam Bagi Tahanan Dan Bekas Tahanan Palestin, majoriti mereka yang diculik, terutamanya wanita dan kanak-kanak, ditahan sehingga beberapa jam atau hari sebelum dibebaskan.

Penculikan terbesar ke atas remaja dicatatkan di al-Khalil, di mana seramai 72 orang menjadi mangsa. Al-Quds dan Ramallah masing-masing mencatat penculikan seramai 56 dan 32 orang. 30 lagi diculik di Nablus, 27 di Jenin, 22 di Bethlehem, sembilan di Qalqiya, tujuh di Tulkarem, enam di Jericho, enam di Tubas dan tiga lagi di Salfit.

Manakala di Gaza, 15 orang telah diculik. Sembilan orang daripadanya merupakan pedagang atau pesakit yang sedang dipindahkan, yang ditahan di pintu lintasan Erez. Tiga orang nelayan Gaza diculik ketika menangkap ikan di perairan Gaza, namum dilepaskan sejurus kemudian.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan bulanan Pusat Dokumentasi Dan Pengajian al-Hourani menyebut bahawa seramai 350 penduduk Palestin telah diculik sepanjang bulan Januari, termasuk tiga orang wanita dan kanak-kanak perempuan 14 tahun, Malak al-Khatib.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts