Lebih 3,000 Pelarian Palestin Terkorban Di Syria

DAMASKUS, 20 Sep 2015 (PIC) — Sebuah pertubuhan has asasi manusia, The Action Group for Palestinians in Syria, mengesahkan seramai 3.022 orang pelarian Palestin telah terkorban dalam konflik yang sedang berlaku di Syria sejak lima tahun lalu.

Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh pertubuhan tersebut, seramai 1,043 orang pelarian disahkan terkorban dalam kejadian serangan bom, 663 lagi dalam pertempuran dan 415 yang lainnya akibat disiksa di pusat-pusat tahanan rejim. Manakala sebahagian lagi pelarian terkorban apabila lemas ketika cuba melintasi sempadan Turki dan juga kelaparan akibat sekatan yang dikenakan ke atas kem pelarian Yarmouk.

Kem pelarian Palestin di Dara kini terputus bekalan air sejak 515 hari. 70% daripada bangunan di kem tersebut telah musnah akibat serangan bom yang berterusan.

Laporan tersebut turut menekankan bahawa semua negara jiran enggan menerima pelarian Palestin yang tinggal di Syria, sehingga menyukarkan lagi keadaan mereka dan terpaksa mencari jalan lari keluar dengan cara yang tidak sah. Pihak berkuasa Jordan juga terus menghalang pelarian Palestin daripada memasuki wilayahnya. Manakala Lubnan hanya membenarkan pelarian melintas sempadan jika mereka mempunyai dokumen yang menunjukkan mereka telah ditemuduga oleh keduataan-kedutaan Eropah atau mempunyai tiket penerbangan untuk berlepas melalui Lapangan Terbang Beirut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts