Lebih 30,000 jemaah solat Isyak di sekitar Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Julai 2017 — Lebih 30,000 penduduk Palestin mendirikan solat Isyak di sekitar Masjid al-Aqsa malam tadi, sebagai protes terhadap sekatan polis Zionis ke atas tapak suci itu.

Sejurus selepas solat, tentera Zionis melepaskan tembakan bom pelali dan gas pemedih mata ke arah para jemaah untuk menyurai mereka. Para jemaah membals tindakan keji itu dengan laungan takbir dan slogan “Birruh Biddam Nafdika Ya Aqsha” [dengan jiwa dan darah, kami berkorban untuknya wahai al-Aqsa].

Bulan Sabit Merah Palestin merawat empat orang jemaah yang cedera di Pintu al-Asbat, di mana dua orang terkena tembakan peluru getah dan dua yang lain terkena tembakan bom pelali.

Terdahulu, puluhan kelompok lain jemaah mendirikan solat Maghrib di jalan-jalan, lorong-lorong serta lapangan, dan mengajak supaya diadakan tunjuk perasaan sambil berdoa dan melaungkan takbir dan slogan anti penjajahan.

Polis Zionis menghalang penduduk Palestin menuju ke lokasi perhimpunan dengan mengerah anggotanya, dengan berkenderaan dan juga berkuda, memasang kawat berduri dan menutup laluan pinggiran al-Quds dan sekitarnya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts