Lebih 40 Pelampau Yahudi Ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 2 Apr 2015 (Alray) — Puluhan pelampau Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu Mughrabi pagi semalam. Mereka dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Menurut laporan Wakaf Islam di Al-Quds, seramai 41 orang Yahudi memasuki kawasan masjid dalam kumpulan-kumpulan berbeza dan melakukan tinjuan secara provokatif.

Pelampau dan ahli politik Yahudi menceroboh masuk ke dalam kawasan masjid hampir setiap hari, dengan dilindungi oleh pasukan keselamatan Zionis yang biasanya akan menyerang para jemaah atau penjaga masjid yang cuba menghalang kemasukan mereka.

Sepanjang bulan Mac lalu, seramai 1,268 pelampau Yahudi menceroboh masuk ke dalam Al-Aqsa. Manakala 40 orang ahli jemaah ditangkap, termasuk 27 orang wanita. Dalam tempoh yang sama, seramai 30 penduduk Palestin diharamkan daripada mendekati kawasan masjid tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts