Lebih 45,000 Bersolat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 22 Dis 2017 — Lebih 45,000 penduduk Palestin dan jemaah dari luar negara mendirikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berhadapan dengan sekatan ketat pasukan keselamatan Zionis di seluruh Kota Lama Baitulmaqdis.

Para jemaah turut mengadakan protes membantah tindakan Presiden Amerika Donald Trump cuba mengubah status quo kota suci umat Islam itu.

Khutbah Jumaat yang telah disampaikan oleh Syeikh Mohammad Salim menyentuh tentang solidariti terhadap isu Baitulmaqdis serta sikap pemimpin dunia Arab dan Islam yang cuai terhadap isu Baitulmaqdis dan lemah dalam menolak keputusan Trump itu.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts