Lebih 47 penduduk Palestin ditahan dalam operasi di al-Quds Timur dan Tebing Barat

AL-QUDS, 1 Jun 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 47 penduduk Palestin ditahan oleh tenerra Zionis dalam operasi sepanjang malam tadi di al-Quds Timur dan Tebing Barat.

Kempen menangkap secara besar-besaran dilakukan di kawasan kejiranan al-Tur dan al-Suwwana di al-Quds Timur, di mana sekurang-kurangnya 33 orang termasuk remaja telah ditangkap.

Kenyataan polis Zionis menyebut bahawa mereka yang ditahan disyaki terlibat dalam kes mencuri, memiliki senjata secara haram, menyimpan dadah dan menyertai keganasan membaling batu ke arah tentera penjajah.

Manakala 14 orang lagi ditangkap di Tebing Barat, lapan daripadanya di kota al-Khalil selepas pasukan tentera menggeledah beberapa buah rumah. Semenetara tiga lagi ditangkap di Tubas, di utara Tebing Barat, dan dua lagi di Qalqiliya. Empat yang lain ditangkap di Nablus.

Beberapa yang lain tercedera dalam pertempuran dengan tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts