Lebih 50 Cedera Dalam Tembakan Tentera Zionis Di Sempadan Gaza

GAZA, 4 Dis 2015 (IMEMC) — Lebih 50 orang penduduk Gaza tercedera apabila tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan berdekatan pagar sempadan Gaza.

15 daripadanya tercedera terkena tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata di kejiranan Shujaiya, yang terletak berdekatan pasukan tentera yang berkawal di pengkalan tentera Nahal ‘Oz.

Serangan juga berlaku di kawasan al-Farahin di timur Khan Younis, selatan Gaza di mana 32 orang tercedera ditembak dengan peluru hidup. Beberapa lagi mengalami sesak nafas dalam serangan di kawasan timur kem pelarian al-Buriej di tengah Gaza.

Tujuh yang lain mengalami kecederaan di Beit Hanoun, di wilayah utara Gaza.

Sejak tercetusnya Intifadah Al-Quds dua bulan lalu, pemuda Gaza sering mengadakan tunjuk perasaan di kawasan sempadan pada hari Jumaat, bagi memprotes tindakan ganas tentera ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts