Lebih 50 cedera diserang polis Zionis dalam Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 27 Julai 2018 — Pasukan bersenjata Zionis tengahari tadi menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba, menyerang jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat dengan tembakan bom pelali dan gas pemedih mata.

Anggota bersenjata Zionis bertebaran di perkarangan tapak suci dan laluan masuk al-Silsilah, sehingga menimbulkan suasana tegang. Serangan dibuat tanpa sebarang amaran dan membuatkan jemaah panik.

Seramai 20 ahli jemaah ditangkap sementara semua penjaga masjid dipaksa meninggalkan lokasi.

(PIC, Maan, IMEMC, MEE, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts