Lebih 50 jemaah serta paramedik cedera dalam pertempuran di al-Aqsa

AL-QUDS, 18 Julai 2017 (PIC) — Pertempuran tercetus kembali di Masjid al-Aqsa malam tadi, apabila para jemaah enggan mematuhi syarat rejim Zionis supaya melalui alat pengsan logam di pintu masuk tapak suci itu.

Sekurang-kurangnya 50 ahli jemaah cedera di Pintu al=Sabat, termasuk khatib Sheikh Ikrima Sabri dan Ahli Parlimen Mustafa al-Barghouti. Seramai 15 mangsa dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), seramai 16 orang cedera ditembak dengan peluru getah dan sembilan lagi terkena bom pelali. Seorang pemuda cederaarah ditembak dengan peluru hidup di bahagian perutnya. Manakala 25 yang lain cedera dipukul.

Seramai empat paramedik PRCS turut cedera ketika membantu mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts