Lebih 50 Masjid Jadi Sasaran Serangan Zionis

masjidGAZA, 22 Jul 2014 (Maan) — Lebih 50 buah masjid di Gaza telah musnah atau mengalami kerosakan teruk sejak tentera Zionis melancarkan serangan 15 hari lalu.

Setiausaha Kementerian Wakaf Gaza, Hassan al-Saifi, mendedahkan lebih 50 buah masjid telah menjadi sasaran. “Mereka tidak membezakan di antara pejuang, orang awam, hospital, masjid dan tanah perkuburan,” kata beliau. Hassan menyatakan kemungkinan bangunan-bangunan sekolah akan menjadi sasaran seterusnya.

“Mangsa dikebumikan dalam kubur secara beramai-ramai, atau menggunakan kubur ahli keluarga mereka yang telah meninggal,” kata beliau lagi.

Bilik-bilik mayat di hospital tidak lagi dapat menampung bilangan korban yang semakin meningkat. Tanah-tanah perkuburan juga tidak dapat dimasuki berikutan keadaan yang sangat tidak selamat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts