Lebih 70 pendatang termasuk rabai dan pelajar agama Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 4 Nov 2020 — Polis penjajah Zionis mengiringi 72 pendatang Yahudi, termasuk rabai dan 26 pelajar Talmud, menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Manghareba pagi tadi.

Polis Zionis membawa dan mengawal pendatang Yahudi masuk berarak di tapak suci umat Islam itu pada setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu.

Pintu al-Magharebah, yang dikawal penuh oleh tentera Zionis sejak tahun 1967, lazimnya ditutup pada jam 10:30 pagi selepas para penceroboh beredar keluar, dan dibuka semula selepas para jemaah menunaikan solat Zuhur untuk membawa pendatang dan pelancong Yahudi memceroboh masuk dalam sesi kedua.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts