Lebih 720 penduduk Gaza berjaya melintas pintu Rafah

GAZA, 19 Dis 2016 (Maan) — Seramai 560 penduduk Gaza yang terkepung dibenarkan melitas masuk wilayah Mesir manakala 166 mereka yang terkandas di Mesir berjaya pulang ke Gaza apabila pintu sempadan Rafah dibuka sejak semalam.

Pihak berkuasa Mesir mengumumkan pintu sempadan di Rafah akan dibuka selama tiga bermula semalam.

Bagaimanapun, penduduk Gaza yang dibenarkan melintas masuk ke Mesir terpaksa bermalam dalam dewan menunggu di Rafah kerana perintah berkurung yang berkuatkuasa di bandar Rafah dan Zuweid dalam wilayah Mesir.

Sebanyak 46 buah lori yang membawa bantuan bahan binaan sumbangan Qatar juga dibenarkan memasuki Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts