Lebih 80 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 12 Julai 2020 — Polis penjajah Zionis mengiringi 81 pendatang Yahudi bersama rabai pelampau Yehuda Glick menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka dikawal berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu dalam beberapa gerombolan, sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi serta melakukan ritual Talmud.

Para jemaah dihalau dari kawasan timur perkarangan masjid ketika para penceroboh berarak.

Pintu al-Magharebah, yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis sejak tahun 1967, dibuka dua kali setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, sebagai laluan pendatang Yahudi menceroboh masuk.

Bulan lalu seramai 1,801 pendatang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa, berbanding 75 orang pada bulan Mei.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts