Ringkasan

Lebih 80 tahanan Palestin dalam penjara Gilbao dijangkiti Covid-19

RAMALLAH, 4 Nov 2020 — Pertubuhan Wa’ed Bagi Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin hari ini melaporkan bilangan tahanan Palestin yang dijangkiti Covid-19 dalam penjara Gilbao kini meningkat kepada lebih 80 orang.

Pihak penjara tidak menyediakan kemudahan sterilisasi dan pelitup muka kepada para tahanan, walaupun beberapa orang menujukkan gejala seperti demam panas dan pening.

Susulan perkembangan tersebut, rejim Zionis menutup penjara Gilbao dan menjadikan Bahagian 3 penjara tersebut sebagai pusat kuarantin dan isolasi.

Tindakan rejim Zionis memindahkan tahanan antara penjara juga meningkatan risiko jangkitan ke penjara-penjara utama termasuk Megiddo, Ofer, Gilboa dan Shatta.

Salah seorang tahanan yang dijangkiti adalah komandan Briged Al-Qassam, Abbas Al-Sayed.

(Palinfo, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts