Lebih 800 yang terkandas di Mesir dibenarkan memasuki Gaza

GAZA, 7 Mei 2017 (PIC) — Seramai 832 orang yang terkandas di Mesir dibenarkan memasuki wilayah Gaza apabila pintu lintasan sempadan Rafah dibuka satu arah selama tiga hari mulai semalam.

Pada hari pertama pembukaan pintu Rafah semalam, pihak berkuasa Mesir turut membenarkan ambulan membawa masuk jenazah dan lori-lori barang dagangan termasuk simen, kayu, cat dan keju.

Menurut statistik Kementerian Dalam Negeri Gaza, lebih 20,000 penduduk Palestin menunggu kebenaran untuk keluar daripada Gaza atas keperluan mendesak seperti mendapatkan rawatan dan juga meanjutkan pelajaran.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts