Lebih 850 penduduk Salfit jatuh sakit akibat pencemaran air

SALFIT, 27 Jun 2019 — Lebih 850 orang penduduk Palestin di perkampungan Marda di Salfit, utara Tebing Barat, jatuh sakit akibat pencemaran air sejak Isnin lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kes tersebut, di mana sampel air minum telah diambil untuk ujian. Mangsa-mangsa mengalami gejala sakit perut dan muntah-muntah.

Pencemaran berpunca dari blok penempatan haram Ariel di Salfit. Air yang tercemar dari situ bercampur dengan sumber mata air yang digunakan oleh penduduk Marda.

Ariel dibangunkan pada tahun 1975, terdiri dari 15 kompleks dan koloni penempatan haram bagi 50,000 pendatang Yahudi. Sekitar 60% air kumbahan mereka dibuang ke wilayah Palestin, sekaligus mencemar bekalan air serta merosakkan alam sekitar.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts