Lebih banyak askar Zionis dikerah ke al-Quds dan Tebing Barat

AL-QUDS, 20 Julai 2017 (PIC) — Ketua staf tentera Zionis pagi tadi mengerah lima briged askarnya ke kota al-Quds dan wilayah Tebing Barat sebagai persediaan menghadapi ketegangan pada hari Jumaat, susulan apa yang berlaku di Masjid al-Aqsa.

Keputusan tersebut di buat dalam satu mesyuarat tentera yang membincangkan tentang kemungkinan pertempuran apabila pemipin-pemimpin Palestin menyeru penduduk membanjiri Masjid al-Aqsa bagi membantah tindakan rejim Zionis.

Mereka menjangka lebih banyak pertempuran akan tercetus, berbanding dengan apa yang berlaku pada tahun 2000 apabila pemimpin Zionis ketika itu Ariel Sharon menceroboh tapak suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts