Leiberman arah bekukan serahan semua jenazah yang masih ditahan

AL-QUDS, 10 Jun 2016 (Maan) — Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman semalam mengeluarkan arahan supaya dibekukan serahan semua jenazah penduduk Palestin yang masih ditahan kepada keluarga mereka.

Arahan tersebut dibuat susulan mesyuarat kabinet keselamatan Zionis berkenaan serangan maut di Tel Aviv Rabu lalu.

Bulan Mei lalu Mahkamah Agung Zionis memutuskan supaya semua jenazah penduduk al-Quds yang ditahan diserahkan kepada keluarga mereka sebelum bermulanya bulan Ramadan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts