JENIN, 17 Julai 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis semalam menyerang lelaki Palestin Ghassan Abu al-Wafa, 40, di sekatan Zaatara berdekatan Nablus, sehingga beliau terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital akibat luka dan cedera.
Ghassan yang berasal dari Jenin disekat ketika melintas halangan yang sesak dengan kenderaan Palestin itu, dan kemudiannya dipukul tanpa sebarang alasan.
Sekatan Zaatara memisahkan kawasan utara dan selatan Tebing Barat. Penduduk Palestin sentiasa terdedah kepada serangan tentera Zionis di sekatan tersebut.