Lelaki Palestin cedera ditembak di timur Gaza

GAZA, 20 Jan 2016 (PIC) — Seorang lelaki Palestin berumur 42 tahun cedera ditembak oleh tentera Zionis berdekatan pagar sempadan di timur Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Ashraf Qudra, mengesahkan mangsa tercedera di bahagian kakinya.

Serangan ini merupakan episod terkini dalam siri pencabulan rejim penjajah Zionis ke atas perjanjian damai yang mereka tandatangani di Kaherah pada 26 Ogos lalu, selepas serangan kejam yang mengorbankan 2,300 penduduk awam di Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts