Lelaki Palestin dibebaskan kerana tidak bersalah, setelah merengkok 33 tahun dalam penjara

HAIFA, 15 Jan 2017 (SP) — Samer Ghanama bersama lima pemuda Palestin dituduh terlibat dalam pembunuhan pemuda Yahudi Daby Cathe pada tahun 1983 dan menghabiskan masa selama 33 tahun merengkok dalam penjara Zionis.

Beliau dikurung dalam keadaan zalim semata-mata kerana sikap perkauman dan dendam rejim Zionis ke atas bangsa Arab. “Bagaimana mungkin saya terlibat dalam kes tersebut, padahal ketika itu saya berada jauh dari lokasi kejadian, dan saya sama sekali tidak pernah mengenali lima pemuda yang disabitkan bersalah itu,” jelas Samer.

Samer dibebaskan setelah pihak pentadbiran penjara akhirnya mendapati bahawa beliau pada dasarnya tidak bersalah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts