Lelaki Palestin ditangkap atas tuduhan merancang untuk menikam Yahudi

NAZARETH, 3 Jun 2016 (PIC) — Pasukan keselamatan Zionis menangkap seorang lelaki Palestin di Kurf Qassem yang terletak dalam Wilayah Palestin 1948 yang terjajah tengahari tadi, apabila dituduh membawa pisau dan merancang untuk membuat serangan.

Lelaki 38 tahun yang belum dikenal pasti itu pada awalnya mendakwa beliau hanya membawa baju-T di dalam sebuah beg. Namun selepas diperiksa oleh pihak polis, mereka mendakwa telah menemui dua bilah pisau. Selepas disoal siasat, mangsa dikatakan telah mengaku cuba melakukan serangan menikam di kawasan Sharon.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts