AL-KHALIL, 11 Dis 2015 (PNN) — Tentera Zionis menembak mati seorang lelaki Palestin selepas disyaki cuba melanggar pasukan keselamatan Zionis di perkampungan Halhul, al-Khalil hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Omar al-Hroub, 55 tahun, dari perkampungan Deir Samit di barat al-Khalil. Tidak ada sebarang kecederaan di kalangan pasukan Zionis tersebut.