Lelaki Palestin ditembak mati di sekatan Qalandiya

AL-QUDS, 22 Nov 2016 (Maan) — Lelaki Palestin Jihad Muhammad Said Khalil, 48, ditembak mati oleh tentera Zionis di sekatan Qalandiya di utara al-Quds tengahari tadi atas tuduhan cuba membuat serangan menikam.

Polis Zionis mendakwa lelaki dari perkampungan Beit Wazan di barat Nablus itu bergerak dari laluan kenderaan dan mendekati pengawal keselamatan sambil menghunus sebilah pisau, lalu bergelut dengan pengawal keselamatan sebelum ditembak.

Kawasan sekatan tersebut ditutup dan tiada kecederaan lain dilaporkan.

Tentera menghalang ambulan mendekati mangsa untuk membantu dan membiarkan beliau berdarah sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Jihad adalah mangsa pembunuhan ke-265 sejak tercetusnya Intifadah al-Quds, di mana enam daripadanya dibunuh di sekatan Qalandiya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts