BETHLEHEM, 22 Nov 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis selepas beliau dikatakan menikam mati seorang Yahudi berdekatan kawasan penempatan haram Gush Etzion.
Mangsa tikaman adalah Hadar Buchrus, seorang wanita berusia 21 tahun, mati selepas dikejarkan ke Hospital Shaare Zedek di Al-Quds.
Manakala pemuda Palestin tersebut dikenali sebagai Issa Thawabta, 34 tahun, yang berasal dari Beit Fajar di selatan Gush Etzion, Bethlehem
Issa merupakan penduduk Palestin yang ketiga dibunuh sepanjang hari Ahad, selepas dua orang lagi ditembak oleh pendatang Yahudi dan tentera Zionis apabila dituduh cuba melakukan serangan menikam pendatang Yahudi.