Lelaki Palestin meninggal dunia akibat kecederaan ditembak tentera Zionis

BEIT LAHM, 19 Julai 2016 (PNN) — Lelaki Palestin Mustafa Barad’iyah, 51, meninggal dunia hari ini akibat kecederaaan ditembak oleh tentera Zionis semalam.

Mustafa ditembak dengan dua butir peluru di bahagian perutnya apabila dituduh cuba menikam tentera Zionis di laluan masuk kem pelarian al-Arroub di selatan Beit Lahm.

Dua orang askar dilaporkan cedera ringan dan dirawat di tempat kejadian.

Bagaimanapun pihak tentera menghalang semua bantuan untuk Mustafa termasuk menyekat ambulan Zionis menghampiri lokasi kejadian, sebelum akhirnya membawa mangsa ke sebuah hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts